Dapatkan Set Poster Pendidikan Reka bentuk (6 keping) berkaitan elemen asas reka bentuk secara percuma daripada Majlis Reka bentuk Malaysia (MRM). Poster ini memberikan kesedaran kepada umum tentang keputusan mereka bentuk mengambil kira elemen asas yang terbahagi kepada rupa, ergonomik, fungsi, keselamatan, warna dan bahan. Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk tujuan pendedahan dan pendidikan seperti sekolah, IPTA/IPTS, agensi kerajaaan atau sesiapa sahaja. Sila hubungi MRM dengan memberikan nama dan alamat untuk diposkan set poster tersebut.

No items found.