Satu majlis silaturahim sempena Aidilfitri telah diadakan pada 7 September 2012 bertempat di FDRC – Furniture Industry Technology Center (FITEC) baru-baru ini. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan bukan ahli PEREKA juga persatuan-persatuan lain serta industry player’ untuk mengenali satu sama lain serta membina jaringan persefahaman yang lebih baik.
Antara yang hadir terdiri dari wakil-wakil persatuan seperti wREGA, pemain industry (industry player) dan juga wakil dari FITEC. Majlis yang diadakan pada sebelah malam telah berlangsung dalam suasana yang santai dan meriah dengan kehadiran ahli ahli yang turut membawa juadah masing-masing untuk di kongsikan bersama.
PEREKA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FITEC yang menyediakan lokasi terbaik untuk majlis ini. Terima Kasih juga kepada semua ahli yang dapat hadir pada malam tersebut. Semoga majlis seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli dan juga dapat membina jaringan lebih meluas antara persatuan serta pemain industri di Malaysia.