Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata… [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].

Reka bentuk yang boleh /perlu didaftarkan
Mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan keduaduanya sekali yang terdapat pada barang tersebut

Tempoh perlindungan
Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 2 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 15 tahun.

Muat turun dokumen untuk maklumat lanjut berkenaan cas, panduan mengisi borang, klasifikasi permohonan dan lain-lain. Sumber MyIPO

No items found.