PEREKA telah bersetuju melalui mesyuarat AJK PEREKA pada 17.4.2012 untuk memberi potogan sebanyak 50% yuran keahlian kepada ahli bersekutu (kategori pelajar) melalui pendaftaran yang di buat pada 18.4.2012 hingga 28.11.2012. Pelajar yang ingin menyertai PEREKA sebagai ahli mendapat keistimewaan berikut.

  • Potongan 50% yuran keahlian kepada semua pelajar yang mendaftar sebagai ahli mulai 18.4.2012 hingga 28.11.2012.
  • Yuran Pendaftaran (Kategori Pelajar) hanya perlu di bayar SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian.

Pelajar yang berminat untuk menjadi ahli, boleh berbuat demikian dengan mendapatkan borang keahlian disini. Borang keahlian  mestilah di isi dengan lengkap dan disertakan dengan salinan dokumen berikut:

  1. Borang Pendaftaran (yang telah lengkap di isi)
  2. Satu Salinan Kad Pelajar
  3. Resume/CV
  4. Salinan resit bayaran (Online/CDM)

Langkah ini di lakukan untuk menggalakkan penyertaan dari kalangan pelajar dan sekaligus sebagai satu usaha menarik lebih ramai menjadi ahli. Melalui mesyuarat ini juga beberapa program dan strategi telah di atur dan akan dilaksanakan secara berperingkat demi kepentingan dan kebajikan ahli ahlinya dan semua Perekabentuk Perindustrian secara keseluruhannya.

Sebarang pertanyaan berkenaan PENDAFTARAN KEAHLIAN, bolehlah dikemukakan kepada Pendaftar dan Rekod Ahli atau Pengerusi PEREKA secara terus.

No items found.